AXA Call
Back to AXA SME Insurance

5 Sebab Kenapa Pemilik Start Up Wajar Lindungi Perniagaan Dengan Insurans

Apabila bercakap tentang bisnes dan pelaburan kebanyakan pemilik bisnes pasti setuju setiap keputusan yang diambil untuk perniagaan mereka sebenarnya adalah berisiko. Jika keputusan yang dibuat adalah betul, maka ia dapat melonjak perniagaan mereka ke tahap yang lebih baik. Begitu juga sebaliknya.

Namun begitu, masih ramai pemilik bisnes dan start up yang memandang sebelah mata tentang risiko lain yang sewajarnya turut diambil berat oleh mereka; iaitu bencana dan kemalangan yang juga boleh membuat perniagaan anda kehilangan modal dan harta benda.

Ini berlaku mungkin kerana kurangnya kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya mendapatkan perlindungan insurans untuk perniagaan.

Kali ini kami kongsikan 5 sebab kenapa pemilik bisnes dan start up perlu melindungi perniagaan mereka melalui insurans:

1. Perlindungan daripada bencana alam

Masih ingatkah anda dengan banjir kilat di Kuala Lumpur? Atau banjir besar yang melanda Pantai Timur pada hujung tahun lepas? Jika anda menjalankan perniagaan di lokasi yang berisiko untuk dilanda banjir, bagaimana anda mahu bermula dan bangkit semula selepas banjir surut?

Apa perasaan anda setelah melihat ruang pejabat yang penuh dengan selut dan lumpur? Bagaimana pula dengan stok barang dagangan anda yang musnah kerana banjir serta perabot pejabat, fail-fail urusniaga dan perakaunan yang telah musnah?

Di sinilah pentingnya mempunyai perlindungan insurans untuk melindungi harta benda milik perniagaan anda. Melindungi stok, bangunan dan perabot pejabat dengan insurans dapat membantu anda untuk bangkit dengan lebih cepat selepas menerima pampasan daripada polisi insurans yang telah diambil untuk perniagaan anda.

Bencana alam di sini bukan hanya melibatkan banjir tetapi juga bencana lain antaranya ribut taufan dan puting beliung, gempa bumi, tsunami, tanah runtuh, dan kemarau.

2. Perlindungan daripada kebakaran dan kemalangan

Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk bangkit semula sekiranya segala modal yang anda gunakan untuk membeli stok barang dagangan anda musnah sekelip mata kerana kebakaran?

Bencana kebakaran adalah sesuatu yang jarang berlaku tetapi jangan lupa – malang itu tidak berbau. Sekali terkena, hangus terbakar segalanya.

Dengan mengambil perlindungan insurans (sebagai contoh insurans kebakaran dan pelindungan semua risiko – All Risks Insurance), ia dapat membantu perniagaan anda untuk kembali beroperasi dengan lebih cepat sebaik saja tuntutan pelindungan insurans anda diluluskan.

3. Perlindungan daripada kecurian

Dengan keadaan ekonomi yang sedang gawat pada masa kini, berbagai kejadian jenayah boleh berlaku akibat desakan hidup yang dilalui oleh sesetengah kelompok di dalam masyarakat.

Pecah pejabat, kecurian harta benda terutama gajet dan wang tunai telah meletak premis perniagaan anda dalam risiko.

Jika harta perniagaan anda telah dilindungi oleh polisi insurans, tuntutan boleh dibuat apabila kejadian seperti ini berlaku.

Pernahkah anda melihat laptop dicuri dengan selamba sewaktu pemiliknya letak beg laptop di sisi? Pada waktu itu pemilik laptop tersebut sedang makan sambil berbual dengan rakannya tanpa menyedari laptopnya telah dicuri.

Malahan jika anda buat carian di YouTube, sudah banyak video bagaimana pencuri melakukan berbagai tipu muslihat untuk melaksanakan niat mereka. Kejadian seperti ini juga boleh di insurans kan sebenarnya.

4. Perlindungan daripada kemalangan dan kecacatan

Perlindungan ini sebenarnya adalah khas untuk pemilik dan kakitangan bisnes anda.

Bagaimana jika ada di antara staff anda yang kemalangan di tempat kerja? Atau mungkin juga jatuh sakit yang memerlukan rawatan perubatan yang tinggi?

Bagi kebanyakan perniagaan, perlindungan insurans merupakan sebahagian daripada faedah yang ditawarkan oleh syarikat kepada kakitangan mereka.

Perlindungan insurans untuk staff anda juga dapat memberi motivasi kepada mereka untuk bekerja dengan lebih baik kerana merasakan telah dihargai oleh majikan.

5. Mewujudkan perasaan tenteram dalam diri pemilik start up dan bisnes

Mengetahui perniagaan anda telah dilindungi dengan sewajarnya dapat membantu pemilik bisnes untuk lebih menumpukan perhatian kepada perniagaan.

Perkara asas yang ditawarkan oleh insurans adalah ‘peace of mind’ (ketenangan minda) kerana anda sedar syarikat anda telah dilindungi daripada kehilangan harta benda dan beberapa risiko yang boleh merencatkan perkembangan syarikat.

Dengan itu anda dapat menumpukan sepenuhnya perhatian kepada membangunkan perniagaan anda.

Insurans sebenarnya tidaklah terlalu sukar jika anda faham tentang risiko dan asas-asas perlindungan yang ditawarkan oleh setiap polisi. Malahan jika anda rasakan ia sesuatu yang sukar untuk anda fahami, anda boleh saja hubungi wakil daripada AXA Insurance untuk temujanji dan penerangan lanjut.

Yang penting adalah dapatkan perlindungan yang dapat mengurangkan risiko kerugian kepada perniagaan anda akibat daripada bencana yang tidak anda ingini seperti yang telah kami sebutkan di atas.

Source:

Vocket